.

Monday, January 18, 2010

~CinTa Balqis~

Huahuahua..skarang aku sa bebas la sikit...coz rumate aku dah pindah bilik..hehe..walaupun bilik ku double tp aku tetap single..hehe...Bukan tak suke da rumate..just dia senyap sikit..mungkin dia sendiri pun nak privacy kot.so dia pindah la bilik single ..aku harap dia gembira je ape yang dia wat..okeh!.sekarang jam aku jam 6.00p.m.tinggal 30 minit lagi cita yg aku tunggu..sapa tgk mst tau cita ape kn..CINTA BALQIS la...layannn jela.Hari ni last episod dh..habis jugak akhirnya,,..hehe.. so..aku nak kongsila cita ni tentang ape kan..manataw ade sape lom tgk jd nk tgk pulak pasni..



Sinopsis: CINTA BALQIS


Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani. Setelah beberapa lama kemudian, Balqis terasa suaminya Ezani belum meninggal lagi apabila terlihat berita di kaca televisyen yang menampakkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Ezani. Balqis bertekad mencari Ezani tetapi hampa apabila dia diberitahu oleh penyiasat yang di upahnya bahawa Ezani dah meninggal dan surat mati ditunjukkan kepada Balqis sebagai bukti..Nak Tahu Kesudahan cita ni tontonla di website Tv3..




Lagu Tema: Eira Syazira ( Istana Cinta )

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui


Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmatMu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu...


(^.^)


4 comments:

CiPoT CeDoT said...

ending cite nih x best ar..aduyy

.:: dieylah :: said...

yeke..hihi..nk ending cmne la ni..:)

B L O G D E T said...

jiwang nyew?~erkk ;D

.:: dieylah :: said...

dexfab..xdela jiwang pun...layannnn jer..hehe..^.^