.

Thursday, July 1, 2010

Sarawak Vs Semenanjung


Jom2..kita belajar bahasa sarawak+semenanjung..hehe..

ayat2 ni semua aku dpt dr emel yg tlh diforwadkn olh kakak kesaygn ku..

hehe.. ^.^

cuma maksud2 tu aku yg bg..nk ajar mst da maksud..

karang pening kpale korang pikir pa benda la binatang tu..hehe..

------------------------------------------------------
Sarawak Vs Semenanjung


1) Berikut adalah senarai peserta yang akan berekot dalam acara larian amal.
(Berekot=berlari)

2) Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api.
(marak=banyak/terlebih)

3) Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak .
(kerak=kera/monyet)

4) Walaupun di tetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak .
(tetak=ketawa)

5) Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur- lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur terkena hujan lebat.
(lebur=basah)

6) Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman .
(nyaman=sedap)

7) Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton ber kelakar sesama sendiri.
(kelakar=bercakap)

8. Orang ramai ber pusu -pusu untuk membeli ikan pusuk .
(pusuk=ikan bilis)

9. Kerana banyaknya pakaian yang di buat dari ampaian mem buat kannya semput keletihan.
(buat=angkat)

10. Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa .
(lawa=sombong)

11. Dia masih tidak tahu sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini .
(sini or siney = dimana)

12. Kali terakhir aku tangga , dia duduk di tangga .
(tangga=tengok)

13. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon .
(belon=kapal terbang)

14. Keadaan muka bumi yang agak lembut menyebabkan perjalanan mereka menjadi agak lembot .
(lembot or lombot = lambat)

15. Rahsia ini jangan di padah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita.
(padah=bagitahu)

16. Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang .
(sebarang=suka hati)

17. Perutnya rasa ber bual selepas ber bual panjang sambil minum arak dengan teman-temannya di kedai itu.
(bual or mual =loya/tak selesa)

18. Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati keruk kerana kesejukan.
(keruk=keras/beku)

19. "Pergilah abas Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya.
(abas=melawat)

20. Terdapat banyak tapak mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu.
(tapak=pinggan)

21. Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik , Kedah.
(sik=tak)

22. Beliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma.
(beliang=tak sedap hati/terkilan)

23. Dengan adanya undang -undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela.
(undang=udang)

14. Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepak nya.
(kepak=penat)

25. Semua ayam yang di biak nya masih terlalu biak untuk disembelih.
(biak=muda)


Okey..selamat belajar..hehe..
^.^


No comments: